Bekas Gangster Uncle Alam Bongkar Dunia Dad*h Dari A Sampai Z ! | SembangOhhYeahh


Pandangan, pendapat, dan/atau dakwaan yang disuarakan oleh tetamu kami dalam episod ini adalah pandangan peribadinya semata-mata dan tidak sama sekali mencerminkan pendapat, dasar, atau pendirian SembangOhhYeahh, hos kami, atau pihak-pihak yang berkaitan dengan kami. Kisah-kisah yang dikongsikan pada hari ini adalah berdasarkan pengalaman dan perspektif peribadi tetamu mengenai satu peristiwa yang pernah menggemparkan negara.

Memandangkan terdapat dakwaan tertentu yang tidak dapat disahkan kesahihannya secara bebas, kami telah memilih untuk menapis nama-nama tertentu serta butiran pengenalan atas sebab undang-undang dan privasi. Episod ini diterbitkan untuk tujuan dokumentari dan perkongsian maklumat sahaja. Budi bicara dan pertimbangan pendengar amatlah dinasihatkan."

Episod kali ni Iskandar Rahman sambung semula bersama tetamu yang dah menggemparkan seluruh Malaysia — Chef Alam, atau nama yang orang kenal sebelum ni, Uncle Tiger.

Tapi kali ni cerita yang berbeza. Lepas episod pertama meletup viral dan orang ramai datang ke tapak niaga semata-mata nak tengok gengster secara live — Uncle Alam kembali buka cerita yang lebih dalam, lebih gelap, dan lebih buat korang faham realiti sebenar dunia yang ramai tahu tapi tak pernah faham betul-betul.

Dalam episod ni Uncle Alam dedah dunia dadah dalam kongsi gelap — dari ganja yang digunakan untuk tujuan tertentu dalam dunia tu, sampai ke bahaya pew pew yang dia sendiri kata lain dari semua jenis dadah lain. Dia cerita pengalaman dalam penjara — dari disiplin ketat masa makan, budaya geng banduan, sampai ke momen paling pelik bila dia lebih excited tunggu waktu azan daripada orang lain. Dan yang paling buat orang terkedu — bagaimana dia tak pernah kena tangkap sepanjang bergerak dalam dunia gelap tu, tapi akhirnya pilih untuk taubat bukan kerana takut — tapi kerana sedar sendiri.

Episod yang penuh pengajaran untuk anak muda — dari seorang yang dah lalui semua tu dan selamat balik.

๐ŸŽ™️ Sembang Ohh Yeahh | Iskandar Rahman x Uncle Alam

๐Ÿณ Malaysia's Most Raw & Unfiltered Podcast